Click Me...

21 March 2012

Social Media Champion of the Year 2012

Pada 16hb March yang lalu, telah diadakan majlis penyampaian anugerah bagi 
World Bloggers and Social Media Awards 2012
Anugerah ini telah diadakan bersempena 
Malaysia Social Media Week 2012 

Pada malam itu, Octove.com telah dinobatkan sebagai 


Social Media Champion of the Year 2012

Anugerah ini telah disampaikan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Antara gambar yang menarik pada malam itu.. 







Kami dari pihak octove.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami selama ini sehingga kami telah berjaya merangkul anugerah 'Social Media Champion of the Year 2012'..

Teruskan menyokong kami dan kami akan cuba memberikan yang terbaik dan menyediakan lebih banyak contest dan update Point Shop kami..

Stay tuned... =)

10 March 2012

When Bloggers Meet Corporate Event

Pada 03/03/2012 yang lepas pihak Octove.com dan PKT Logistics Sdn Bhd telah bekerjasama dalam event "When Bloggers Meet Corporate".

Event tersebut telah diadakan di One Logistics Hub, PKT Logistics Sdn Bhd, Shah Alam.

Event itu telah dihadiri oleh ramai blogger antaranya Bro Framestone, Si Cantik Siezuka, Rentak Artis, Woot Media dan ramai lagi.

Sepanjang event tersebut kami telah melawat ke sekitar 'The Ship' iaitu bangunan pengurusan PKT dan kami juga dibawa melawat ke Sea of Pineapples dimana di sana kami telah dibawa melawat ladang nenas yang ditanam di sekeliling One Logistics Hub.

Antara scenario yang menarik..


















Kami juga telah mengadakan contest utk para blogger yang hadir..
Rugi rakan2 yg xjoin event ni hari tu...

ok guys, jumpa lagi di lain masa.. =)

21 February 2012

Kemusykilan Mengenai Octove?

Mari rungkaikan....

Hello guys...
How are you?

Kami pasti ramai yang masih belum jelas mengenai Octove.com

Hari ini kami ingin menjawab beberapa persoalan yang mungkin timbul mengenai Octove.com


FAQ

Q: Apa itu Octove.com?
A: Octove.com adalah Laman Sosial Malaysia. Laman Sosial ini telah ditubuhkan oleh anak watan Malaysia.



Q: Bilakah Octove.com dilancarkan?
A: Octove.com telah dilancarkan pada 24 April 2011

Q: Apakah kelebihan Octove.com berbanding Laman Sosial sedia ada?
A: Di Octove, setiap aktiviti yang anda lakukan, kami berikan ganjaran. Ganjaran yang kami berikan adalah dalam bentuk 'point'. Setiap kali anda 'Like', 'Comment', 'Update Status', 'Upload Picture', 'Invite Friends' dan lain-lain aktiviti yang anda lakukan di Octove, anda akan diberikan point.




Q: Apa kegunaan 'Point' tersebut?
A: Point tersebut anda boleh 'Redeem' di 'Point Shop' kami. Pelbagai voucher, goodies dan merchandise yang menarik untuk ditebus.

Q:  Apakah kelebihan lain Octove.com?
A:Octove juga bertindak sebagai 'Social Hub' dimana kami menghubungkan laman sosial lain terus kepada Octove. Selain itu Octove juga merupakan laman sosial pertama yang membenarkan 'Public Figure' seperti artis untuk 'Mobile Video Live Streaming' dimana para peminat dapat menonton secara langsung video yang dipaparkan. Kami juga selalu mengadakan 'Contest' dimana hadiah yang ditawarkan cukup menarik.



Q: Berapakah jumlah ahli Octove.com? 
A: Kita telah mempunyai hampir 30 000 ahli dan jumlah ini semakin meningkat dari masa ke semasa.


Apa lagi, jom kita ramai2 join Octove.com dan explore sendiri keunikan Octove.com

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh diutarakan di bahagian komen.
Kami akan cuba menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan..

Have fun and enjoy your day friends.. =)

20 February 2012

Octove in Facebook

Hello friends..

Anda dah sign up Octove.com?
Jom like page kami di facebook..
just klik gambar di bawah.. 



JCI KL West 39th Anniversary cum Installation Award and Banquet

Pada 18 Februari yang lepas, pihak Octove.com telah menerima jemputan untuk menghadiri JCI  KL West 39th Anniversary cum Installation Award and Banquet bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur.

JCI (Junior Chamber International) adalah satu organisasi dimana terdiri daripada komuniti yang berusia 18 hingga 40 tahun yang berkongsi kepercayaan 'in order to create lasting positive change, we must improve ourselves and the world around us'

Pictures speak a thousand words...





 Yummy~












19 February 2012

Octove in MSMW 2012

Hello guys..
Apa khabar semua?

Seperti mana anda semua tahu, Malaysia Social Media Week 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 17hb Februari yang lalu..
Octove.com merupakan salah satu Media Partner untuk event tersebut.
Pihak Octove.com turut memberi sokongan kepada MSMW 2012 dengan membuka booth sepanjang event tersebut berlangsung di PWTC..

Pelbagai kenangan manis telah terlakar sepanjang event tersebut..

Antara corat coret kenangan yang terukir...

Bersama Blogger Famous Amos Bro Framestone (credit for da pic)



Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, 
Haji Ibrahim Abdul Rahman turut memberi sokongan kepada Octove








Maskot kami, Octie.. 


Tuan punya blog Amanz pun da sertai kami.. 
Anda bagaimana?

Bersama peserta Maharaja Lawak Kumpulan R2, Saudara Rahim Mat Ali
(Dia sudah sign up Octove.. Anda dah ke belum?)





itu coretan sepanjang exhibition..

Pada hari terakhir, malam penutup telah diadakan konsert di mana ramai artis antaranya Najwa Latiff, Altimet, Aizat Amdan, Amir Jahari, Shawn Lee, Dennis Lau dan Rabbit Mac telah membuat persembahan yang sangat bertenaga dan pengunjung2 juga begitu sporting untuk kekal di situ walaupun hari hujan..
korang memang sempoi.. =)

Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah menghadirkan diri ke Booth Octove.com dan kepada ahli2 baru Octove, penyertaan anda semua amat kami hargai dan diharapkan kita akan terus berhubung di Laman Sosial Octove.. =)

Octove love all of u.. ~